Anda pernah mengalami kehilangan?
Mungkin kehilangan barang berharga..insan tersayang, atau kucing tersayang..
Saya pernah mengalami kehilangan..
Dulu saya pernah kehilangan kucing..bagai nak rak saya menangis..
Tapi tuhan gantikan kucing yang hilang dengan kucing yang comel juga.
Kehilangan yang silih berganti.
Semasa saya di universiti, saya turut kehilangan sebuah basikal. Basikal berwarna pink yang baru empat hari saya miliki..
Pagi tu saya masih nyenyak tidur.Kemudian Sara housemate saya mengejutkan saya dan bertanya sama ada saya meminjamkan basikal kepada sesiapa. Saya buat cool je sebab fikir diorang nak prank saya. Tapi sebenarnya memang basikal saya dicuri. Sedih jugak la kan. My first basikal, beli pakai duit sendiri. Kawan-kawan turut tumpang sedih. Masa saya sedih tu, saya call abang sulung nak mengadu la kononnya. Lepas je call dia, saya jadi redha. Serta merta perasaan sedih hilang.
Kata abang saya ,"mung hilang basikal je, ada orang hilang ayoh, mok, tok laki.."
Saya bersyukur sebab yang hilang cuma basikal. Betul la kata orang, bila kita mengalami musibah, jangan terlalu down, sebaliknya cuba renung musibah yang melanda orang lain.
No comments:
Post a Comment