friends

Sep 30, 2012

Magnifico

Saya merupakan seorang yang sangat mudah menitiskan air mata. Melewati perkarangan rumah orang-orang tua bisa mengalirkan air mata saya. Membaca novel Lasykar Pelangi membuat saya teresak-esak. Malah, menonton filem yang meruntum kalbu turut membuat saya menangis. Saya tahu jiwa saya agak lembut walaupun kadangkala saya menafikannya.

4 tahun lepas, pertama kali saya menangis selepas menonton filem. Sebelum ini, saya hairan bagaimana orang menangis selepas menonton filem  Bollywood seperti Maan..Kali ini saya merasainya. Kisah seorang kanak-kanak bernama Magnifico telah mengusik kelenjar lacrimal saya sehingga mengalirkan air mata.

Magnifico merupakan sebuah filem dari Filipina. Ia berkisarkan kisah hidup Magnifico yang hidup bersama ibu, ayah, abang, adik yang cacat, dan seorang nenek yang menghidap kanser. Seperti mana kebanyakan drama dan realiti di Filipina, kemiskinan menjadi tema. Magnifico merupakan anak yang kehadirannya dianggap tidak bermakna dan suatu beban  lantaran prestasi akademik yang mundur berbanding abangnya. Namun dia merupakan seorang yang cukup bertanggungjawab, bukan sahaja kepada keluarga, malah orang di sekelilingnya. Magnifico berusaha menjadi abang yang baik ,  sentiasa cuba menggembirakan adiknya yang kurang upaya, menggendongnya ke acara fun fair, melihat kanak-kanak bermain roller coaster. Selain itu, tatkala terdengar keluhan ibunnya mengenai perbelanjaan yang tinggi untuk pengebumian sekiranya neneknya meninggal, Magnifico cuba mencari jalan penyelesaian. Walaupun neneknya masih hidup, Magnifico berusaha menyediakan sebuah keranda daripada kayu terpakai bersama rakannya. Magnifico turut mengumpul duit bagi membeli baju pengebumian apabila neneknya meninggal kelak. Bagi menggembirakan neneknya, Magnifico merayu untuk meminjam kerusi roda daripada lelaki yang baru sahaja kematian isterinya. Setelah beberapa kali berusaha, akhirnya lelaki itu sudi meminjamkan kerusi tersebut. Dalam kegembiraan itu, Magnifico telah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.Akhirnya, keranda yang disediakan selama ini telah digunakan untuk pengebumiannya sendiri. 

Keseluruhan kisah Magnifico ini sungguh menyentuh emosi..Kisah ketabahan kanak-kanak yang kehadirannya dianggap tidak bermakna..     

No comments:

Post a Comment