friends

Dec 2, 2011

feel like to write about my thesis journey..
saya sekarang dah berada di semester 8.
tinggal lebih kurang 40 hari sebelum saya akan meninggalkan alam universiti..

sebenarnya,dah 2 minggu saya dan rakan-rakan sebio bergelut dengan penulisan tesis..
kami perlu menghantar complete thesis writing pada minggu ni jugak.maka, berhempas pulas la setiap seorang dari kami untuk menyiapkan penulisan..

entry ini saya tulis apabila melihat seorang teman sebio yang baru sahaja mengemukakan penulisan tesis kepada pensyarah pembimbing, muncul di hadapan saya sambil menahan sebak..saya tidak sanggup bertanyakan puncanya, namun saya yakin pasti ada kata-kata teguran mahupun kritikan yang sukar untuk diterima. Bagi saya, rakan yang seorang ini sangat fokus dalam menjalankan tesis..beliau sanggup menghabiskan masa di makmal berhari-hari..malahan ketika cuti juga beliau berada di makmal..

berbeza dengan saya...

saya mengambil mudah berkenaan tesis..saya sedar saya tidak meletakkan 100% usaha untuk tesis ini...malahan, kajian yang saya laksanakan juga tidak saya laksanakan dengan sepenuh hati..

namun, saya amat bersyukur kerana saya telah diletakkan dibawah bimbingan seorang pensyarah yang begitu sabar...apabila melihat keadaan rakan saya tadi..rasa kesyukuran saya semakin melimpah ruah..dan sekaligus perasaan bersalah menyelubungi saya kerana saya tidak memberikan yang terbaik kepada beliau..

Pensyarah yang saya maksudkan ialah dr.Hanisom bt Abdullah..walaupun bergelar doktor..namun sikap merendah diri yang beliau miliki sangat menyenangkan semua..bagi saya beliau sangat 'cool' dan boleh meng'cool'kan orang lain.Setiap kali saya mempunyai masalah
dalam menjalankan tesis, saya akan menemui beliau..dan yang pasti saya akan keluar dari bilik beliau dengan perasaan yang sangat lega..masalah saya secara automatik bukan lagi masalah..hal ini turut diakui oleh rakan saya yang berada di bawah bimbingan beliau...beliau telah melihat masalah tersebut dengan pandangan yang positif..dan mengeluarkan idea yang kreatif dan simple sebagai jalan penyelesaian...sungguh menakjubkan bagi saya yang sentiasa melihat masalah dengan pandangan yang serong..


buat Dr.Hanisom bt Abdullah..terima kasih atas segala nasihat dan bimbingan yang telah anda curahkan buat kami...banyak yang telah saya pelajari dari anda..maafkan saya kerana telah banyak mencuri masa terluang anda..

dan buat rakan yang telah menitiskan air mata..tahniah...anda telah mengalami suka duka.dan pastinya kepuasan menjadi milik anda..dan saya..sentiasa bersuka.dan setakat ini..saya tidak pernah mencapai kepuasan dalam kehidupan..




No comments:

Post a Comment