friends

Nov 18, 2011

setiap jumaat, saya menghadiri sesi amali untuk subjek Kimia Fizikal.Sesi makmal ini tidaklah lama, kadang-kadang tak sampai pun 3 jam seperti yang tertera di jadual. Umum sedia maklum, sesi amali dijalankan bagi meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu teori.Namun demikian, kehadiran saya ke sesi makmal tersebut adalah sesuatu yang sia-sia. Hampir kesemua eksperimen yang saya lakukan hanyalah mengikut arahan yang terpapar pada manual semata-mata. Kadang-kadang juga, saya menokok tambah atau mengabaikan arahan yang dipaparkan.

Mengapa saya katakan sia-sia?Secara jujurnya, eksperimen itu langsung tidak membantu saya memahami teori yang saya pelajari.Malahan, saya mendapati, eksperimen yang telah dilaksanakan pada awal semester adalah berdasarkan teori yang akan saya pelajari pada hujung semester. Sebagai pelajar yang lemah, yang kurang memahami teori , saya langsung tidak dapat mengaitkan eksperimen dan teori yang saya pelajari.bukankah ini yang dikatakan sia-sia??

Tapi, saya juga sedar, semua ini tak akan sia-sia jika saya berusaha memahami setiap apa yang saya pelajari. Saya sedar sewaktu menulis laporan amali, itulah masanya untuk saya memahami mengapa saya menjalankan eksperimen tersebut. ..

No comments:

Post a Comment