friends

Mar 24, 2011

pengalaman ber'makroteaching' di sekolah lama..

hujung minggu lepas, saya balik lagi ke kampung halaman saya yang tercinta..yakni felda chalok barat..dengan matlamat untuk menyiapkan makroteaching, saya, mira, dan aisyah (coursemates) menaiki bas mahligai skyview dari tanjung malim ke teranung..sesuai dengan namanya, mahligai..bas tersebut sangat selesa, dengan seat yang empuk dan luas,cukup kondusif untuk perjalanan selama 8 jam..tapi yang kurang mahligainya,kami terpaksa menahan kesejukan angkara air cond yang dipasang terlalu rendah suhunya...kecut salur darah kami..menggigil badan angkara kesejukan tersebut..

tapi syukur alhamdulillah..perjalanan pergi dan balik kami selamat..malah makroteaching yang dilaksanakan juga selamat walaupun ada beberapa kekurangan.maklumlah..kami masih lagi belajar untuk mengajar..dan juga untuk mendidik..

apapun, pengalaman menjejakkan kaki ke sekolah menambahkan bara di jiwa saya untuk menjadi seorang guru..ia meyakinkan saya bahawa jalan yang saya pilih bukanlah jalan hitam..melihat kerenah pelajar yang nakal tapi dalam masa yang sama masih berminat untuk belajar..sungguh menghiburkan..tapi yang tidak dapat saya lupakan, ada beberapa orang pelajar tersasul memanggil saya dan aisyah sebagai 'kak'..hihi..apa la budak2 ni..hmmm..sesungguhnya saya saya bersyukur kerana segala urusan dipermudahkanNya..cikgu khir dengan baik hati membenarkan saya menggunakan kelasnya..dan cikgu mat didik dengan murah hatinya memberikan 2 masa lagi..terima kasih cikgu-cikgu..sejak dari sekolah sampailah saya di universiti, cikgu sentiasa menjadi cikgu saya..

Sebaik sahaja menyelesaikan makroteaching, saya bergegas pula untuk ke tg malim..tp dalam pada tu, saya masih sempat melelapkan mata..baru saya rasakan kepenatan menjadi guru..tu pun baru sekejap saya melaluinya..

dalam perjalanan ke stesen bas , saya ternampak legenda kampung saya..pok mat aiskrim..

this is our beloved Pok Mat...gambr ni sy curi2 snap time beliau stop dpn rmh ..mtk halal ye pok mat..

pok mat ketika tu on the way nak balik ke rumahnya di besut.tabahnya lagenda kami..berpuluh tahun, itulah rutinnya.berulang alik dengan motosikalnya , membawa tong aiskrim yang sedap tu....rutin pok mat yang menjadi penghibur bagi kami semua..oh pok mat...semoga kau sentiasa mendapat kegembiraan sebab sentisa menggembirakan kami dengan aiskrimmu itu..

1 comment:

  1. pok mat ais krim.....bape kali tuka moto dh die....dari honda petak plat ABU...lagend kt felda nih...

    ReplyDelete