jam menunjukkan pukul 3..
di ruang tamu, ak dan syasya(bkn nm sebenar), masih lagi bersengkang mata menghadap laptop, mencari maklumat pasal cacing tanah bagi memantapkan lagi presentation untuk simposium.
sendi terasa sengal, debaran semakin terasa, memikirkan soalan yang bakal ditanya para juri.
pelbagai soalan spot telah direka..susah sekali. antaranya:
"adakah aktiviti cacing tanah jantan dan betina akan memberi kesan yang berbeza terhadap pertumbuhan pokok?"--kui3..apa punya soalan daa..
sedang kami berhempas pulas meng'google' pasal cacing tanah, tiba-tiba kedengaran satu suara..menjerit-jerit..aku pandang syasya, syasya pandang laptop, pastu dia pandang aku, aku cakap "bunyi kucing".
aku pun bangun, intai ke luar, mana tau kot2 ball kiss ada balik.lama x tengok si comel tu.
tapi, apa yang aku dengar dari luar, selain bunyi jeritan tu, suara orang lelaki azan berkumandang dari rumah depan...
oo..mungkin histeria..
aku pun ngadap laptop balik, slow2 ckp kat syasya, " histeria kot"
"nak naik?" tanya syasya
"jom".
sambil mulut terkumat kamit membaca ayat kursi, kami kemas2 barang, tutup tingkap , off lampu dan naik atas..mulut masih terkumat kamit sampai la ke bilik..huh,seram..
pastu syasya pon bagitau, actually, semalam pun dia ada dengar jugak..dalam hati, aku berdoa jauhilah aku dari segala benda2 macam tu..sbb kalau ikut tahap tensen time tu, mmg agak tinggi sampai rasa nak muntah..alhamdulillah, aku boleh kawal diri lagi..
sebenarnya, histeria ni boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan.
Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.
Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.
Jadi, kita kena pandai handle tekanan..jangan sampai hilang pertimbangan dan biarkan iblis menguasai diri..especially menjelang final exam ni..x yah tensen2..study seadanya dan berserah kepadaNya...
memetik satu sumber, "Tawakkal adalah faktor paling utama yang boleh mempertahankan seseorang ketika tidak memiliki kekuatan dari serangan makhluk lainnya yang menindas serta memusuhinya sebab
ia telah menjadikan Allah sebagai pelindungnya...."
No comments:
Post a Comment