friends

Oct 25, 2009

minggu ulangkaji

semester 3 bakal tiba ke penghujung..dan perjuangan untuk semester ni dah tentu belum selesai. selain peperiksaan akhir ,ada lagi kerja yang tak settle sebenarnya. tutor "genetic' pon tak siap lagi..nasib baik Dr.Fatimah seorang yang bertimbang rasa.tugasan boleh dihantar dalam minggu study..thankto her..


2-18 november ni, peperiksaan akhir semester akan berlangsung..

secara kasarnya jadual peperiksaan telah diketahui yakni:

EC – 2.30 pm – 2/11
Genetik – 9 am – 6/11
Kimia – 2.30 pm – 9/11
Plant phisiology– 9 am – 12/11
EDU – 2.30 pm – 18/11

setakat ini, jadual peperiksaan yang sebenar belum dimuatnaikkan secara rasmi ke UPSI portal.Nampaknya, bukan saya sahaja yang belum bersedia, malah pihak yang bertanggungjawab dalam tugas memuatnaik turut tidak bersedia.Terima kasih buat Sara yang berkongsi draf jadual yang diperoleh daripada rakan sekursus kami..


Study week..sesuatu yang cukup bermakna buat pelajar-pelajar menjelang hari peperiksaan. Penggunaannya cukup pelbagai.

Contohnya, saya setakat ini masih lagi bermain-main dengan papan kekunci mr.lappy ini..membaca blog-blog, menonton video di you tube, serta menjenguk-jenguk laman sosial, sementara menunggu 'study mood' menjengah..

3 'housemates' saya iaitu adda,mira dan cheetah telah selamat tiba di rumah masing-masing.ada juga yang masih lagi tidak tahu apa yang ingin mereka lakukan sempena minggu study week..

apa yang saya harapkan, roomate saya, raja nur aimi tidak akan meninggalkan saya keseorangan di bilik ini..dialah peneman saya sekarang..hehe.

apapun, terpulanglah kepada individu bagaimana mereka menghabiskan waktu-waktu berharga ni..apa yang penting, peperiksaan dapat dihadapi dengan tenang dan selamat.






gambar hiasan:perpustakaan menjadi pilihan pelajar untuk mengulangkaji..begitu juga saya.hehe..

1 comment: