assalamualaikum..lembaran pertama kusingkap..kui3..
april 2009,,bulan ini dalam sejarah..
3 April 2009
satu sejarah telah terukir dalam kalendar Malaysia..hari ini, detik ini, kita telah dititipkan seorang pemimpin yang bakal menerajui kepimpinan tertinggi negara.Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6..apa yang pasti, Rosmah Mansor(mcm kwn baik aku je..) telah secara automatiknya menjadi the 1st lady..
sape sangka baby ni bakal jd PM..
Perlantikan Datuk Najib turut melakar sejarah tersendiri kerana buat pertama kalinya seorang putera Perdana Menteri dilantik menjadi Perdana Menteri..Datuk Najib merupakan putera sulong mantan PM ke-2,Tun Razak.Dengan ini, Tun Rahah iaitu bonda Najib menjadi tonggak kepada 2 PM...wah..bangga la tu..apapun, diharapkan our new PM ni mampu menjalankan tugas dengan penuh integriti..
Mantan Perdana Menteri pandu kereta sendiri
Serentak dengan perlantikan itu juga, Pak Lah telah dianugerahi gelaran TUN ABDULLAH manakala isteri kesayangan beliau, dinobatkan sebagai Tun Jeanne(mcm x best jerrr)..Pengunduran Pak Lah dari tampuk yang dipegangnya selama lebih kurang 7 tahun telah memberi peluang kepada beliau untuk memandu keretanya sendiri..aku yakin Tun Lah sangat hepi dpat drive sendiri kereta tu sbb dia pun dah lama x pegang stereng..blh lps gian nk pecut.maklum la ,slama ni driver je yg bwk..tengok la tu,betapa sukenya beliau bila dah dpt pegang stereng..aku pun gumbira tengok Tun LAh gumbira..
pesanan untuk Tun Lah,,jgn try aksi drift tau..bahaya..
April ni jgk, my idol, Tun Mahathir ambik keputusan menyertai kembali UMNO..hmm...aku suka beliau..n mybe beliau pun ada gagasan dia sendiri yang menyebabkan beliau tak sebulu dengan pemerintahan Pak Lah dulu..semoga penyertaan beliau ke dalam UMNO akan membantu dalam pemulihan UMNO..sesungguhnya aku sangat terkedu n terkilan melihat penguncupan integriti yang sedang berlaku dalam kalangan segelintir ahli2 UMNO yang kononnya mendukung maruah orang Melayu..go on Tun..don't let Melayu jadi layu..luvvvv u sooo much!!ahaks!!
Finally the akronim of Ra.H.M.A.N dah complete..the name of our very 1st PM cukup simbolik rupanya..Razak,Husin,Mahathir,Abdullah and Najib rupanya penyambung tampuk pemerintahan negara..inikah suratan atau kebetulan???
6 April 2009
Aku lakar sejarah dengan cubaan pertama merapu dalam dunia blog..kui3..
Sesungguhnya,,,HARI INI betul-betul DALAM SEJARAH..
No comments:
Post a Comment